Thursday, 11 August 2011

Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau



Pusat Dakwah Serantau dibawah Yayasan Amal Malaysia akan mengadakan Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau Kali Pertama bagi tahun 2011 ini. Majlis graduasi ini bertujuan menyampaikan sijil tamat kursus kepada pelajar yang dibawa dari pedalaman Sabah dan Sarawak bagi mengikuti kursus Dai’e dibawah Pusat Dakwah Serantau.


Majlis ini akan diadakan pada 25 Ogos 2011 bertempat di Dewan Auditorium Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang akan dirasmikan oleh Tuan Hj. Othman Mustafa yang merupakan Ketua Pengarah JAKIM.

Seramai 20 orang pelajar yang terlibat akan menerima sijil tamat kursus dan mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing dengan matlamat menyampaikan seruan dakwah Islam kepada penduduk kampung mereka.

Antara tetamu jemputan yang akan turut hadir dalam majlis ini ialah Ybhg. Dato’ Dr. Haron b. Din yang merupakan penasihat Pusat Dakwah Serantau – Yayasan Amal Malaysia seterusnya semua pimpinan Yayasan Amal Malaysia, wakil dari Bank Islam, beberapa NGO Islam di Malaysia.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...