Sunday, 28 August 2011

20 Pelajar Pusat Dakwah Serantau Menerima Sijil Kursus Dai’e



BANGI 25 Ogos 2011 - Yayasan Amal Malaysia hari telah mengukir sejarah apabila telah berjaya menjayakan Majlis Graduasi Pusat Dakwah Serantau. Majlis yang diadakan di Auditorium Institut Latihan Islam Malaysia ini diadakan bagi menyampaikan Sijil Kursus Dai’e kepada 20 orang pelajar yang datang dari kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak khusus bagi mendalami ilmu Islam seterusnya menyampaikan kepada ahli keluarga serta masyarakat setempat.
 


Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang yang mana ianya telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu  Ybhg. Tn. Hj. Mustapha Othman. Antara tetamu jemputan yang turut hadir dalam majls ini ialah wakil Bank Islam, Pengerusi Kumpulan Perangsang, YB Dr. Hjh. Halimah Ali Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Selangor, wakil-wakil NGO serta Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia serta Pengerusi-pengerusi cawangan negeri Yayasan Amal Malaysia.
 
 
Selain menerima Sijil Kursus Dai’e, para pelajar ini telah ditaja alaun sara hidup selama setahun oleh Bank Islam Malaysia Berhad, Yayasan Ubaidi serta seorang individu untuk menjadi Da’e seterusnya menyampaikan kepada ahli keluarga serta penduduk di kampung mereka serta masyarakat setempat yang amat memerlukan ilmu Islam.

 



Bagi Presiden Yayasan Amal Malaysia, Ybhg. Tn. Hj. Husin Ismail, selain Yayasan Amal Malaysia menyumbang khidmat kepada negara luar, Pusat Dakwah Serantau ini juga merupakan antara program yang dijalankan oleh Yayasan Amal Malaysia bagi pembinaan para dai’e dari pedalaman Sabah dan Sarawak.

0 comments

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...